BacanovelAS -Senyuman Manis Ella- AS Writer
Senyuman Manis Ella.
Bab 2: Kawan Baru Itu..
Petang itu agak riuh-rendah dengan bunyi ketawa kanak-kanak bermain di taman permainan. Ella dan Adira sedang duduk di bangku yang berada di hujung taman. Mereka sedang sibuk berborak rancak. Tiba-tiba sahaja, seorang gadis menghampiri mereka.
“Assalamualaikum, Ella.” Tegur gadis itu.
“Eh, awak rupanya Jannah..Waalaikumussalam..Saya ingatkan sesiapa tadi yang tiba-tiba tegur.” Ella berasa sedikit terkejut dengan kedatangan Jannah yang agak mengejut baginya.
Adira yang baru kali pertama bersua muka dengan Jannah menjadi tidak selesa dengan kedatangannya. Dia meneliti Jannah dari atas hingga bawah. “Benarlah kata Ella. Orangnya memang cantik...Tetapi, aku tengok dia ini lebih kurang sama dengan Ella sahaja. Di sekolah tadi Ella cakap macam dia ini cantik sangat setanding dengan Mira Filzah. Ella ini suka sangat merendahkan dirinya...” Dia tidak faham dengan perangai Ella yang selalu sangat merendahkan diri. Memang ianya ialah satu perkara yang mulia. Tetapi, Ella ini merendah diri sehingga orang lain pun turut merendahkannya. Sudah beberapa kali Adira menasihatkannya. Namun, Ella bagai sudah terbiasa dengan itu.
“Ah, Jannah. Terlupa pula saya mahu memperkenalkan kawan baik saya ini, Adira Sofia namanya. Awak boleh panggil dia Adira. Adira, inilah Jannah yang saya ceritakan pada awak itu.” Ella tersedar dia sibuk berborak dengan Jannah sehingga terlupa pula tentang Adira yang masih di sisinya.
Adira dan Jannah tersenyum sesama sendiri tanpa perkenalan. “Oh, inilah Jannah. Cantik orangnya. Memang sama dengan bagaimana yang awak katakan, Ella.” Adira memuji kecantikan Jannah yang sememangnya kenyataan. Jannah menjadi tersipu-sipu mendengar pujian itu.
“Eh, awak ini Adira. Terima kasih.” Jannah tersenyum simpul.
“Jannah, awak sudah rancang mahu bersekolah di mana?” Tanya Ella kepada Jannah.
Jannah berfikir sejenak sebelum membalas soalan Ella. “Sudah.. Saya akan mula bersekolah esok. Ayah saya sudah daftarkan saya ke sekolah...” Dia terhenti. Dia cuba mengingatnama sekolah yang ayahnya sudah daftarkan untuknya.
“Err...Sorry, Ella. Saya lupalah. Waktu ayah saya cakap pun saya tidak beri perhatian.” Jannah menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Mengakui dirinya tidak memberi perhatian sewaktu ayahnya bercakap.
Ella tersenyum faham. “Tidak apalah.Saya harap awak selesa bersekolah di sekolah baru awak esok. Ermm..Kami minta diri dulu, ya? Sekarang sudah nak pukul 6 petang. Kami pergi dulu. Assalamualaikum..” Dia sedar dari tadi Adira tidak selesa dengan kehadiran Jannah di situ. Segera dia meminta diri.
Adira menjadi pelik dengan tindakan Ella itu. Namun dia tidak berkata apa-apa. Dia sekadar mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu. Sewaktu perjalanan pulang ke rumah masing-masing, Adira membuka mulut untuk bertanyakan tentang tadi kepada Ella yang hanya diam di sebelahnya, “Kenapa awak tiba-tiba pergi tadi?”
Ella terdiam. Tidak membalas Adira walau sepatah. Menjeling pun tidak. Menoleh ke arahnya apatah lagi.
“Ella?” Tegur Adira. Dia menegur Ella berkali-kali tetapi Ella tetap tidak membalas. Bagai patung bernyawa pun ada jika dilihatnya. Dia berjalan tegak memandang ke hadapan.
“Hello! Awak dengar atau tidak, Ella?!” Adira meninggikan suaranya apabila melihat Ella tidak memberi respon.
“Ya Allah!” Ella terperanjat. Dia terus mengurut dadanya melihat Adira dengan wajah yang serius.
“Adira..Awak ini kenapa? Kenapa awak tegur saya kuat-kuat? Terkejut saya.” Ella masih terkesan dengan teguran Adira yang agak memeranjatkan dirinya. Dia melihat wajah Adira yang kelihatan pelik baginya.
“Kenapa awak pandang saya begitu?” Soal Ella.
Adira menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab soalan yang diajukan Ella. Setelah menghembuskan nafasnya, dia berkata dengan nada yang agak tinggi, “Awak tanya saya kenapa tegur awak kuat-kuat? Awaklah penyebabnya! Saya panggil awak berkali-kali. Tetapi awak tidak balas saya lansung. Awak asyik pandang ke depan sahaja. Mengapa? Awak ada masalahkah? Kalau awak ada masalah, beritahulah pada saya..Tidak perlulah awak pendam sendiri. Apa gunanya saya sebagai BFF awak? Tunggul kayu?”
Terkejut dengan apa yang dikatakan Adira. “Oh..Saya minta maaf. Saya mengelamun tadi. Itulah sebab saya tidak dengar awak panggil saya. Saya tiada masalah pun.. Cuma saya terfikirkan tentang Storytelling Competition...” Ella memohon maaf. Dia memang tidak dengar panggilan Adira sebentar tadi.
Terbutang mata Adira sewaktu Ella berkata begitu. “Storytelling Competition? Kenapa awak fikirkan pertandingan itu pula?” Dia tiada pula sesiapa mengadakan Storytellin Competition di mana-mana. Ini tiba-tiba pula Ella kata dia terfikirkan tentang pertandingan itu.
Ella menepuk dahi. Sungguh dia lupa untuk memberitahu Adira tentang pertandingan itu. Melihat kawanya itu sudah memandangnya pelik semacam, dia terus menjelaskan hal yang sebenarnya. “Oh..Saya lupa mahu beritahu awak. Waktu saya jumpa Afiya di perpusatakaaan itu, dia ada memberitahu bahawa Cikgu Najwa akan mengadakan Storytelling Competition sempena Minggu Bahasa English yang akan disambut dua minggu lagi. Sebab itulah saya macam berminat mahu menyertai pertandingan ini. Tetapi..Itulah. Saya tiada keyakinan dirilah. Saya memanglah sudah terbiasa bercakap depan orang ramai. Malah, saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma rasa gugup sedikit. Pertandingan ini harus diceritakan dalam Bahasa English. Sebab itulah saya risau kalau saya tersasul atau tersalah cakap. Apa yang perlu saya buat..? Saya tidak tahulah, Adira..” Ella menerangkan kepada Adira dengan panjang lebar. Siap memberitahu lagi masalah apa yang membuat hatinya resah.
Adira yang sibuk mendengar penjelasan Ella menjadi tergelak melihat wajah Ella yang panik sebegitu. “Awak ini..Relakslah..Awak janganlah panik. Ini belum apa-apa lagi awak sudah panik begini. Cuba awak bertenang. Fikir yang positif sahaja. Yang negatif, awak kumpulkan dan masukkan kesemuanya ke dalam bekas. Kemuadian awak buang ia jauh-jauh dari diri awak.” Penuh berhemah Adira bercakap gaya seorang pembakar semangat.
“Saya bukannya apa. Kalau saya tersasul sewaktu saya sedang bercerita, macam mana? Apa pula orang fikir fasal saya? Sudahlah saya ini Pengerusi Kelab Wartawan dan Hiburan Sekolah. Sudah semestinya saya tiada masalah untuk bercakap di khayalak ramai. Tiada lagi masalah tersasul atau sebagainya...Tetapi, macam mana kalau..” Tidak sempat Ella menghabiskan ayatnya, Adira menekup mulut Ella.
“Ishh, awak ini! Inilah masalah awak. Jangan fikirkan apa yang orang fikir tentang awak. Jangan jadikan ia satu penghalang. Awak kena yakin pada diri sendiri. Kalau awak tidak yakin pada diri sendiri, siapa lagi mahu yakinkan diri awak selain diri awak sendiri? Saya? Tiada orang mampu selain diri awak, Ella.” Kata Adira lagi cuba meyakinkan Ella yang semangnya tidak pernah yakin dengan diri sendiri. Dulu pun sama, Adira jugalah yang akan bagi kata-kata semangat kepadanya jika dia mahu berhujah di hadapan orang ramai. Tetapi dulu dia akan berhujah di dalam Bahasa Melayu, bahasa yang diggunakan seharian mereka. Namun kali ini, dia harus bercerita dalam Bahasa English? Ah, memang tidak tercapai dek otaknya!
Ella terdiam seketika. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Setelah itu, dia berasa sedikit lega. Hatinya kembali tenang seperti sedia kala. Dia tersenyum memandang Adira, “Terima kasih. Awak dah buat hati saya tenang. Dan..Saya nak minta maaf sekali lagi fasal tadi itu. Sorry..” Adiar tersenyum apabila mendengar kata maaf Ella.
“Tidak apa. Saya faham..Dulu awak lagi teruk. Kalau awak sedang makan, tulang ayam pun awak masuk ke dalam mulut sekali. Risau sangat punya fasal. Awak tidak perlu risau sangat. Bukankah saya selalu ada dengan awak?” Adira membuat muka comel. Perangai budak-budak dia sudah muncul.
Ella tergeleng-geleng sambil tersenyum melihat kelakuan Adira. “Baik,baik..Saya faham. Awak nak saya belanja Ais Krim Strawberry Mak Asiah, bukan? Yalah..Saya belanja awak.” Ella faham sungguh jika petang-petang begitu, pasti sahaja Adira akan memujuk Ella untuk membelanjanya ais krim yang dijual jiran mereka, Mak Asiah. Itu sudah menjadi satu kebiasaan. Mereka pun berjalan menuju ke rumah Mak Asiah. Dari jauh sudah nampak beberapa orang sedang beratur di situ. Ais krim yang dijual Mak Asiah jual memang sedap. Ia memang sudah menjadi kegemaran penduduk taman ini. Tidak terkecuali kegemaran Ella dan Adira.
Keesokan paginya,
“Eh, Ella. Awak tahu atau tidak bahawa kelas kita akan ada budak baru?” Masuk sahaja kelas itu, Ella tiba-tiba sahaja diserbu Asyifa, rakan sekelasnya yang berkaca mata tebal.
Ella terkejut dengan pertanyaan Asyifa yang secara tiba-tiba itu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Sebab memang dia tidak mendapat apa-apa maklumat tentang akan ada budak baru yang akan memasuki kelasnya.
“Dia menggeleng sambil menjawab, “Tiada pula, Asyifa. Kenapa? Siapa yang beritahu awak tentang hal ini?” Ella menyoalnya semula. Adira yang sedari tadi menjadi pemerhati perbualannya antara Ella dan Asyifa turut menjadi tertanya-tanya.
Asyifa terdiam sejenak untuk mengingati kembali siapa yang memberitahunya tentang hal ini. “Hhmm..Oh, saya ingat!” Tiba-tiba sahaja Asyifa berkata dengan nada yang tinggi. Terperanjat Ella dan Adira dibuatnya.
“Awak ini kenapa, Asyifa? Tiba-tiba awak menjerit. Alhamdulillah, kami masih mampu mendengar. Kami tidak pekak lagi..” Kata Adira sedikit berang dengan teriakan Asyifa secara mengejut itu.
Asyifa tersengih sendiri. “Eh, maaf, maaf. Saya sudah ingat. Sebenarnya, tiada sesiapa pun beritahu saya tentang ini. Cuma, semalam selepas habis waktu sekolah, saya ada datang kembali ke sekolah. Saya tertinggal dompet kegemaran saya. Waktu saya datang ke sekolah, masih ada lagi guru-guru yang belum pulang ke rumah. Saya naiklah tangga mahu masuk kelas ini. Sewaktu saya melalui bilik guru, saya ada terdengar perbualan di antara Cikgu Hana dan Cikgu Maya, guru kelas kita itu bercakap tentang ada budak akan masuk ke kelas 6 Melati ini. Kelas kitalah.” Sangat panjang lebar dan bersungguh-sungguh Asyifa menceritakan perkara yang sebenar.
Ella dan Adira mengangguk faham setelah diceritakan dengan terperinci. “Kita tunggu sahajalah, Asyifa.” Kata Ella sambil berlalu pergi ke tempat duduknya.
“Benar juga kata Ella. Baik aku tunggu sahaja kata cikgu nanti.” Bisik suara hati Asyifa. Dia terus duduk ke tempatnya.
Beberapa minit kemudian, Cikgu Maya memasuki kelas kami untuk mengajar Bahasa Melayu. Seisi kelas yang tadinya riuh-rendah seperti pasar borong, menjadi senyap apabila kedatangan cikgu itu. Selesai sahaja memberi salam, dia berkata, “Perhatian, semua! Hari ini, kamu semua akan menerima kedatangan murid baru di dalam kelas ini. Saya harap kamu semua dapat berkawan baik dengannya.”
Seisi kelas terkejut dengan apa yang dikatakan Cikgu Maya. Masing-masing mempunyai rasa ingin tahu yang kuat tentang murid baru tersebut. Sama juga dengan Ella dan Adira. Mereka juga turut ternanti-nantikan murid baru yang dikatakan Cikgu Maya tersebut.
“Awak boleh masuk sekarang.” Cikgu Maya memanggil seseorang dari luar.
Seisi mata kelas memandang murid baru yang dimaksudkan Cikgu Maya. Dia ialah seorang perempuan. Semuanya tidak henti-henti melihat dirinya kerana wajahnya yang cantik, berkulit cerah dan berbulu mata lentik.
“Eh, ini macam..” Hati Ella berdebar-debar.
“Assalamualaiku, semua. Perkenalkan, nama saya Nurindina Jannah binti Zarul. Awak semua boleh panggil saya Jannah. Selamat berkenalan semua..” Jannah tersipu-sipu malu memperkenalkan diri. Senyuman meniti di bibirnya. Tidak berkedip mata pelajar kelas 6 Melati melihat senyuman Jannah yang semanis gula-gula kapas itu. Tambah lagi dengan wajahnya yang cantik mempesona, pasti ramai yang tidak puas melihat wajahnya!
“Jadi sekolah yang dimaksudkan Jannah semalam itu...Ialah sekolah kitalah, bukan?” Bisik perlahan Adira kepada Ella.
Ella mengangguk sahaja sambil tersenyum melihat semua kawan sekelasnya seperti menerima kedatangan Jannah ke dalam ke kelas itu. Masing-masing tidak henti memandan Jannah. Melihat wajah Jannah yang tersenyum gembira, hatinya turut merasakan gembira juga.
Adira merenung tajam wajah Jannah yang tersipu-sipu duduk di kerusinya sambil membalas pertanyaan yang diajukan rakan baharu sekelilingnya, dia memandang pula Ella. Setelah itu, dia berkata dengan Ella yang sedang khusyuk membuat latihan yang diberi Cikgu Maya di buku latihan dengan nada berbisik, “Psstt..Ella! Awak tidak cemburu Jannah bersekolah di sini?”
Ella menjadi pelik dengan soalan Adira itu. Mahu cemburu mengapa? Jannah itukan kawannya juga. “Cemburu? Kenapa pula?” Soal Ella merenung Adira. Terus diletakkan pensel di tangan di atas meja. Tertarik dengan kata-kata Adira.
Terbeliak mata Adira apabila Ella bertanya kepada dia pula. “Saya yang tanya awak. Awak tanya saya balik?
Ella tersengih seperti kerang busuk. Dia tidak faham sebenarnya maksud cemburu seperti yang diperkatakan Adira. Kenapa pula dia perlu cemburu dengan Jannah? Mengarutlah!
“Yalah..Saya tidak faham apa yang cuba awak katakan sebenarnya..Cemburu dengan Jannah? But, why?” Dia benar-benar tidak faham. Lagipun..kalau cakap bab cemburu, dia memang bukan jenis orang yang kuat cemburu. Malah, tidak pernah bersifat berdendam. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif sahaja. Tetapi..Itulah..Kadangkala, dia boleh menjadi seorang yang negatif sangat. Sewaktu dia tidak mampu mengawal emosi dengan rasional, fikiran negatif akan mengusai fikirannya sepenuhnya.
“Ishh..Awak ini..Kenapalah awak ini lambat sangat? Cuba awak tengok itu.” Jari telunjuk Adira menunjuk ke suatu sudut.
Ella pun memalingkan kepalanya untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh Adira. “Oh..Dia tunjuk Jannah. Tetapi kenapa semua orang nampak sibuk tulis sesuatu?” Hatinya pelik. Dia melihat semua rakan-rakan sekelasnya sedang ralit menulis. Tiba-tiba dia teringat.
“Adira..Bukankah kita kena salin karangan yang Cikgu Maya salin di depan. Nanti tidak sempat bagaimana? Awak ini.. Kenapalah awak ajak saya berborak? Sekiranya saya tidak sempat siap, siaplah awak saya kerjakan. Tidak mahu lagi belanja Ais Krim Strawberry Mak Asiah lagi!” Bisik Ella sedikit marah kepada Adira yang mengajaknya berborak. Jika Cikgu Maya padam karangan yang perlu kami salin di papan putih, bagaimana kami mahu siapkan karangan ini? Kalau kami meminta kawan sekelas yang sudah siap, pasti mereka akan ingat kami berborak waktu kelas berlansung. Malulah kami nanti!
Adira tersedar. “Ah, maaf! Saya pun lupa Cikgu Maya suruh salin karangan yang di depan..” Dua-duanya sama sahaja. Apabila sudah berborak sesama sendiri, tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling...
“Kringg!!”
Pelajar-pelajar sudah berjalan keluar dari kelas mereka untuk pergi mengisi perut di kantin. Ella dan Adira mahu pergi ke kantin ketika itu. Tiba-tiba..
“Hai, Ella, Adira! Awak rasa terkejut atau tidak saya bersekolah di sini? Saya sahaja nak buat kejutan untuk awak berdua. Sebab itulah saya kata saya lupa semalam. Maaf saya tipu awak semalam..” Jannah menegur Ella dan Adira. Terdapat beberapa rakan sekelas mereka sedang menjadi perbualan mereka di belakang Jannah. Pasti mereka itu mahu menunggu giliran untuk bercakap dengan Jannah.
Adira yang sememangnya tidak selesa dengan keadaan itu, terus sahaja berkata, “Tidak terkejut lansung! Jannah..sekarang ini bukan majlis hari jadi mahu membuat kejutan-kejutan ini. Kami memang mengagak awak masuk di sekolah sini. Yalah..Inilah sekolah yang paling dekat dengan kawasan perumahan kita, benarkan? Jadi, kami memang tiada rasa sedikit terkejut pun, tahu!” Bagaikan laser Adira berkata-kata dengan nada kasar. Dia seperti dirasuk sesuatu. Dia terus berjalan keluar dari kelas itu. Entah mengapa, dia mempunyai perasaan tidak suka terhadap Jannah. Walhal, Jannah tidak ada membuat masalah dengannya lansung.
Ella terkejut melihat Adira tiba-tiba sahaja berkata begitu. Ella tidak tahu hendak membuat apa. Rakan sekelasnya turut terkejut mendengar apa yang dikatakan Adira sebentar tadi. Jannah apatah lagi. Dia kaku apabila mendengar Adira berkata dengan nada kasar begitu. Seperti dia ada membuat sesuatu yang salah.
“Ah! Saya nak minta maaf bagi pihak Adira kepada awak, Jannah. Saya pun tidak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi begitu. Mungkin sebab dia lapar..Saya minta maaf sekali lagi, ya? Saya kena pergi dulu. Assalamualaikum!” Tergesa-gesa Ella memohon maaf agar mahu mendapatkan semula Adira yang mungkin sudah berjalan jauh. Dia terus berjalan laju keluar pintu kelas.
Jannah tetap tercegang di situ. Dia sekadar melihat sahaja Ella berjalan keluar.
“Jannah?” Tegur Hani di belakang Jannah. Pelik melihat Jannah hanya kaku tidak bergerak walau seinci pun.
Jannah pun tersedar. Dia tersenyum. “Marilah kita rehat bersama-sama. Bolehlah saya kenal awak semua dengan lebih rapat lagi.” Kata Jannah sambil memegang bekal yang dibawanya sekali.
Sementara itu di tempat Ella dan Adira, Ella mengejar Adira yang sudah berjalan jauh ke depan.
“Adira Sofia binti Norizam!”
Serta-merta Adira menolehkan kepalanya. Merah mukanya apabila nama penuhnya dijerit dengan suara yang lantang sekali. Dia menoleh ke belakang sahaja kelihatan Ella sedang berlari ke arahnya dengan wajah yang geram.
“Gulp! Nampak macam Ella sedang marahlah! Habislah aku! Itulah..ikutkan hati sangat tadi. Betullah orang kata, ‘ikut hati mati’.” Air liur Adira ditelan. Melihat wajah Ella yang seperti gunung berapi hampir meletus, membuatkan dirinya rasa tidak selamat. Dia memberhentikan langkahnya. Bersiap sedia dengan telinga yang pasti kena ditadah dengan bebelan Ella yang bertalu-talu. Ella yang merupakan seorang yang tenang ini, akan menjadi banyak cakap apabila marah. Sesiapa pun ngeri melihatnya.
“Oh..awak dengar pula saya panggil nama awak? Saya ingatkan awak sudah tiada telinga. Dari tadi saya panggil macam orang gila, tahu? Awak itu buat pekak sahaja..” suara Ella kedengaran seperti cuba mengawal marahnya daripada menguasai diri. Wajah marahnya memang tidak dapat disorokkan lagi.
Adira diam membisu. Tidak berani mahu lihat muka Ella walau sesaat. Tidak sanggup rasanya.
Melihat Adira diam sahaja. Dia menghela nafas berat. Perasaan bersalah mula bersarang di dalam hatinya. “Ishh..Awak ini, Adira. Kenapa awak cakap begitu pada Jannah di dalam kelas tadi? Saya sudah banyak kali pesan pada awak...Bila bercakap itu, cakaplah dengan bahasa yang sopan..Ini tidak. Awak minta maaf pun tidak. Selepas itu, awak pergi begitu sahaja. Awak ingat siapa?” Suara Ella sudah berbalik seperti asal. Suaranya sudah bertukar lembut tetapi tetap kedengaran nada tegas di situ.
Adira masih tidak berani berkata apa-apa. Pandang matanya turut tidak sanggup.
Ella faham mengapa Adira tidak mahu memandangnya. Sebab Adira pernah kata, waktu dia marah memang menakutkan. Mungkin dia takut dimarahi Ella. Ella bukannya apa. Dia cuma tidak mampu menahan dirinya daripada Adira membuat sedemikian pada Jannah. Baginya, ia adalah sangat biadab.
“Ya..ya..Saya tahu. Saya salah sebab marah awak. Tetapi, awak itu..Cakap kasar sangat dengan Jannah...Awak dengar atau tidak apa yang saya cakap ini? Saya rasa macam cakap dengan tunggul kayu pun ada, tahu?” Ella mengaku salah. Tetapi, dalam masa yang sama, dia tetap mengingatkan Adira tentang kesalahannya.
“Ya...Saya salah..Nanti saya minta maaf pada Jannah, ya? Awak janganlah marah..Saya takutlah..” Adira merapatkan badannya ke badan Ella. Seperti budak kecil betul, Adira ini!
“Yalah..Saya janji tidak akan marah lagi...Kalau..Awak tidak buat saya marah..” Ella tersenyum tanda dia tidak lagi marah kepada Adira.
“Kalau begitu...Mari kita pergi ke kantin! Saya sudah lapar sangat ini.” Ujar Adira sambil menarik tangan Ella menuju ke kantin. Ella sudah menjadi anak patung Adira pula. Ikut sahaja ke mana yang Adira pergi. Tetapi, tiba-tiba..
“Sekejap!” Ella melepaskan tangannya daripada genggaman Adira. Dia memandang Adira tanda meminta kepastian.
Adira yang tidak faham bertanya, “Kenapa awak tenung saya begitu?” Mata Ella merenung tepat ke dalam bola mata Adira. Seperti meminta dijelaskan sesuatu benda.
“Hurmm..Saya rasa, apa yang Jannah cakap tadi tidak salah pun. Tetapi kenapa awak marah dia. Macam dia tersilap cakap pula. Sebab itulah saya marah kenapa awak marah dia secara tiba-tiba. Cuba beritahu saya, apa yang awak tidak suka dengan Jannah itu. Saya lihat dia baik sahaja orangnya. Baik pun baik..Cantik pun..cantik. Kenapa, ya? Semalam pun sama. Sebab itulah saya pergi dari Jannah itu. Sebab saya nampak awak macam tidak suka pada dia. Awak ada masalah dengan dia, ya?” Soal Ella tidak putus-putus. Sekali lihat seperti seorang polis sedang menyiasat penjenayah pula.
Adira menjadi berat hati untuk memberitahu apa yang dipendamkan di dalam hati tentang Jannah. “Tidak adalah..Saya cuma rasa dia itu ada sesuatulah..” Kata Adira sambil memperlahankan suaranya. Takut-takut orang lain mendengar perbualan mereka. Nanti orang kata mereka mengumpat pula.
“Sesuatu? Macam mana itu?” Ella tidak faham.
“Ermm..Saya pun tidak tahu sebenarnya...Tetapi saya yakin yang dia itu ada niat tidak baik pada awak. Saya nasihatkan awak untuk berhati-hati sahajalah, ya..” Kata Adira lalu dia berjalan ke depan. Membiarkan Ella dengan 1001 persoalan yang bermain di fikirannya.
“Kejap, kejap! Ishh..Awak ini, Adira. Tidak baiklah prasangka buruk pada orang. Awak kena sentiasa berfikiran positif sahaja pada semua orang. Walau apa pun situasi, awak mesti kekal positif, tahu.” Ella berjalan beriringan dengan Adira yang sudah mencebik.
“Saya tahulah, Ella. Tetapi, dalam hidup ini...Awak ingat semua orang baik, tahu. Kalau awak nampak orang baik, awak terus kata hati dia pun suci dan murni. Tidak semestinya, Ella. Ada sahaja manusia yang berperangai seperti Syaitan bertopengkan manusia yang kononnya baik! Fikirkanlah, Ella. Jangan biar orang ambil kesempatan pada awak...” Kata Adira lagi. Kali ini, kata-katanya memang makan dalam. Ella terhenti daripada berjalan. Dia seolah-olah dijampi oleh Adira untuk kaku di situ. Ella cuba berfikir secara rasional.
“Tidak akanlah Jannah macam itu? Ishh...Tidak mungkinlah..Fikir positif, Ella!” Ella cuba meyakinkan dirinya. Bahawa Jannah itu tidak sama dengan apa yang diperkatakan Adira. Ya! Hatinya kuat menyatakan itu.
-BERSAMBUNG-
Comments
Post a Comment