Posts

Showing posts from October, 2020

BacanovelAS -Senyuman Manis Ella- AS Writer

  Senyuman Manis Ella . Bab 2: Kawan Baru Itu.. Petang itu agak riuh-rendah dengan bunyi ketawa kanak-kanak bermain di taman permainan. Ella dan Adira sedang duduk di bangku yang berada di hujung taman. Mereka sedang sibuk berborak rancak. Tiba-tiba sahaja, seorang gadis menghampiri mereka.           “Assalamualaikum, Ella.” Tegur gadis itu.           “Eh, awak rupanya Jannah..Waalaikumussalam..Saya ingatkan sesiapa tadi yang tiba-tiba tegur.” Ella berasa sedikit terkejut dengan kedatangan Jannah yang agak mengejut baginya.           Adira yang baru kali pertama bersua muka dengan Jannah menjadi tidak selesa dengan kedatangannya. Dia meneliti Jannah dari atas hingga bawah. “Benarlah kata Ella. Orangnya memang cantik...Tetapi, aku tengok dia ini lebih kurang sama dengan Ella sahaja. Di sekolah tadi Ella cakap macam dia ini cantik sangat s...