Posts

Showing posts from September, 2020

BacanovelAS -Senyuman Manis Ella- AS Writer

  Senyuman Manis Ella . Bab 1: Usah Bersedih, Kawan. “Ish, mana pula si Adira ini..” Ella Nabila, gadis yang berumur 12 tahun, sudah seperti cacing kepanasan menunggu kawan baiknya, Adira Sofia yang berjanji dengannya mahu berjumpa di taman permainan yang terdapat di kawasan perumahan mereka. Sudah lama dia menunggu Adira di taman itu. Namun, dia tidak muncul-muncul juga.           “Tidak silap aku, dia kata mahu jumpa dengan aku pukul 5 petang, sekarang ini sudah setengah jam aku duduk di sini. Batang hidung dia pun aku tidak nampak. Dia ingat aku tidak ada kerja lain selain mahu menunggu dia? Dia ada masalah agaknya..” Kata Ella dalam hati. Sekiranya diikutkan hati, mahu sahaja dia pergi dari situ daripada membuang masa menjadi penunggu tanpa gaji. Tetapi, tidak sampai hati pula. Fikirnya mungkin Adira ada hal sebelum dia sempat ke sini.           Mata Ella tidak henti-henti meliha...